• FREE SHIPPING for purchase above RM150 (West Malaysia only) Shop Now!
icon-search
icon-search

NAK GUNA TANGAN ATAU COTTON PAD?

NAK GUNA TANGAN ATAU COTTON PAD?

Untuk beginner, mesti confuse kan kenapa ada toner yang kena apply guna cotton pad dan ada sesetengah toner yang apply guna tangan. Apa beza antara dua method ni? So, sebenarnya cara mana yang betul?

Actually, takde cara yang betul atau salah. Kedua-dua method boleh digunakan untuk apply toner korang. Cuma untuk dapat kesan yang maksimum, korang boleh gunakan method ni bersesuaian dengan jenis dan ciri-ciri toner tersebut. Still confuse? Jangan risau, meh sini syiro ajar.

General guideline untuk membantu korang memilih cara yang bersesuaian untuk apply toner korang adalah dengan mengambil kira dua benda ni :

1. TEXTURE/CONSISTENCY OF THE TONER

Kalau toner korang jenis yang very watery atau cair macam air (thin consistency), digalakkan untuk apply guna cotton pad sebab ianya lebih memudahkan dan tak ‘messy’. Kalau toner korang jenis yang pekat sikit dari texture air biasa (viscous consistency), digalakkan untuk apply guna tapak tangan je sebab ia membuatkan toner tu tadi lebih senang diratakan pada kulit.

2. FUNCTION/TYPE OF THE TONER

Kalau toner yang jenis hydrating, always apply guna tapak tangan sebab kalau guna cotton pad nanti toner tu banyak serap kat kapas tu je dari kat kulit. Bila apply guna tangan, korang akan rasa lebih lagi hydrating effect tu berbanding guna cotton pad. Kalau toner jenis astringent atau exfoliating, better apply guna cotton pad sebab boleh bagi extra benefit iaitu post-cleansing care - membantu untuk bersihkan sisa-sisa kotoran (if any).

Mudah je kan?



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping